Friday 22 November 2013

Cer Citer Sikit Minggu Ni Buat Ape?? Hehe...

Assalammualaikum & hye everyone!!!

Salam Jumaat..Semoga Jumaat ini memberi seribu keberkatan kepada kita.
Sedar tak sedar next week iqa dan member-member yang lain akan balik.
Tinggal satu je lagi kursus yang bakal kami hadiri selama 3 hari minggu depan.
Then, we are free to go back home for ho ho holiday!! yippie!!
Actually, tak sabar sangat nak jumpa my hubby and my families.
Serius rindu sangat kat dorang semua...huhu

Today, iqa nak cerita secara ringkas je kursus-kursus yang telah kami hadiri sepanjang 2 minggu.

1. Kursus Pedagogi Peribumi.
   -Memberi pengetahuan dan gambaran di sekolah pedalaman.
   -Kemudahan dan usaha yang telah kerajaan laksanakan di sekolah pedalaman.

2. Taklimat Berkenaan Senario Sekolah Pedalaman dan Cabaran
    -Diberi taklimat oleh Pegawai PPD Nabawan
    -Menceritakan pengalaman dan persekitaran di sekolah pedalaman.

3. Bengkel Pengurusan Kewangan
    -Belajar tentang insurans
    -Belajar tentang kad kredit
    -Belajar mengurus kewangan dengan betul

4. Taklimat Soal selidik Kepuasan Pelanggan/i-Think Habits of The Mind
    -Borang soal selidik untuk diberikan kepada guru besar di sekolah yang akan dipostingkan.
    -Perlu menghantar kembali borang soal selidik tersebut pada tarikh yang ditetapkan kepada IPG.
    -Belajar tentang 8 jenis i-Think.
    -i-Think sesuai diaplikasikan kepada murid-murid sekolah.
 


 Gambar-gambar bawah ni hasil kerja kumpulan iqa :)
 
Contoh i-Think Double Bubble Map

Contoh i-Think Bulatan

Contoh i-Think Peta Dakap

Contoh i-Think Peta Buih

5. Kursus Anti Dadah/Narkotik
    -Pengetahuan tentang bahayanya dadah.
    -Pelajari tentang hukuman yang dikenakan.
    -Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti minggu anti dadah di sekolah kelak.

6. Bengkel Persediaan Sebagai Guru Permulaan
    * Yang ni next week. Nanti iqa update ye ;)

Malam semalam juga kami satu kelas makan steamboat bersama-sama, memandangkan kami semua akan pulang pada minggu hadapan. Jadi, saja je la makan2 untuk kali terakhir. So, just let the pictures talking ok. Huhuu..

Yummy~ Yummy ~

Oh! Sungguh mengiurkan..huhu serius udang dia manis & daging sedap gila taw!

pewittt~~ hehe

fokus fokus..kena masak cepat ni..lapar sangat time ni..huhu

khusyuk member iqa sorang ni masak..hehe

peace!!

peace lagi..hehe suke bebenor classmates iqa ni wat peace..haha
muka gembira lepas kenyang..haha!

bye bye!!

That's all for today...
Adios my lovelies!

Till then,
Assalammualaikum...

 

Tuesday 19 November 2013

WOW!! GLA COMPLEX NI BESTLAH...

Assalammualaikum & hye everyone!

Masalah yang sering dialami oleh kaum wanita ialah SENGGUGUT...
KITARAN HAID SELALU TAK NORMAL...
Nak DAPATKAN ZURIAT...
Nak CANTIKKAN KULIT...
KURANGKAN KOLESTROL...
Situasi kat atas ni selalu terjadi kat wanita dan para gadis di luar sana kan?
Mesti ada salah satu situasi kat atas ni yang pernah korang alami kan..

Jadi, hari ni iqa nak share pasal produk shaklee yang sangat rapat dengan kaum wanita.
GLA Complex Shaklee!!
Excited sungguh iqa nak cerita pasal produk ni taw.

Kenapa? Kenapa? Dan Kenapa iqa excited nak cerita pasal GLA ni?
Haaa..nak tau sebabnya?
Meh iqa share satu persatu fungsi dan kebaikan consume produk ni.

MASALAH-MASALAH:
1. SENGGUGUT/KITARAN HAID SELALU TAK NORMAL
-Kekurangan asid gama linolenik dalam tubuh badan kita sehingga mengakibatkan ketidakselesaan semasa PMS. jadi, GLA Complex in shaa Allah dapat membantu dengan izinNya.

2. NAK DAPATKAN ZURIAT
"GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu."
Petikan dari yoursupermom.net

Apapun, kena selalu ingat iaitu kita hanya merancang dan berusaha, Allah jua yang menentukan hasilnya :)

3. CANTIKKAN KULIT
-GLA mempunyai vitamin E yang memang terkenal sebagai vitamin kecantikkan kulit. Bila bergabung dengan GLA ni, hormon dalam badan akan bertindak normal sehingga menjadikan kulit lebih halus, kurang minyak dan berseri-seri!!

4. KURANGKAN KOLESTROL
-GLA ni ada Omega-6 yang diperolehi daripada minyak bunga matahari. 
-Membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan
-Meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL)
-Kurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.

GLA COMPLEX ni juga merupakan evening primrose oil keluaran Shaklee.
GLA ialah asid linolenik gama iaitu sejenis asid lemak OMEGA-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk PROSTAGLANDIN.
What is PROSTAGLANDIN?
-Bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

KANDUNGAN GLA COMPLEX:
-Minyak benih bunga matahari (sumber asid lemak Omega-6)
-Borage Sead Oil
-Vitamin E

KENAPA KITA PERLU CONSUME GLA COMPLEX?


So, korang nampak tak banyak kan benefit GLA Complex ni??
Best kan? Best kan?
Bukan setakat boleh kurangkan senggugut je, rupa-rupanya banyak lagi yang kita boleh dapat if kita consume GLA ni.
Kaum wanita, yes u! Jom la try consume GLA ni ;)

Berminat untuk mencuba???
Sebarang pertanyaan or pembelian, boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah89.
Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION :)

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ

Till then,
Assalammualaikum semua...

Friday 15 November 2013

NAK KURUS..TAPI MACAM MANA YE??

Assalammualaikum & hye everyone!!!

Nowadays, too many yang tanya macam mana nak kurus...
But, tak semua tahu cara nak kurus dengan sihat kan??
Nak kurus, tapi jarang exercise laaa...
Nak makan macam macam, tapi tak mahu pantang makanan...
Tapi kalau bantai makan sampai over sangat memang susah la nak turun berat badan.
Memang  tak la..huhu

Agak agak ada tak produk yang macam tu ya?
Yang produk sihat, selamat, tak perlu pantang makan semua..
Haaa...Don't worry dearies, every problems got their solution right??
Untung ada Set Slimming Shaklee!! Yeayyy!!!

So, iqa pun nak sharing tentang produk yang paling terlaris dan terbaik Shaklee untuk Set Kuruskan Badan..
Set ni selalu sangat habis stok ok!
Memang setakat ni alhamdulillah ikut testimoni ramai yang dapat turunkan berat badan yang ideal :)

Set Slimming ini terdiri daripada 3 peringkat:
1. BAKAR (pecah lemak & kolestrol)
2. BUANG (lemak & toksin)
3. BINA (Otot kuat & elakkan kulit jadi menggelebeh)


1ST STAGE
Lecithin/Omega Guard boleh diambil untuk melakukan proses pecah lemak dan kolestrol jahat dalam tubuh kita. 
Lecithin:
Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Jadi, Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat diperlukan oleh badan kita. And u guys nak tahu tak apa kandungan dalam lecithin ni?? Soybean or Kacang Soya!! Lecithin Shaklee adalah the richest cholestrol free source of soy bean taw!!Best kan??
180 kapsul dan tahan selama sebulan.

Omega Guard:
Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi. Ianya membantu mengurangkan kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi juga. Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat. Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated) yang berlaku kurang  dalam daging dan produk tenusu, meningkatkan kadar di mana badan u'olls membakar deposit lemak dan membantu u'olls berkembang atau mengekalkan jisim otot u'olls ok.
Ringkasnya, tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri. so, kita kena dapatkan daripada makanan or supplement. Contohnya Omega Guard Shaklee :)
90 kapsul dan tahan selama 1-11/2 bulan.


2ND STAGE
Alfafa/Herblax boleh diambil untuk melakukan proses pembuangan lemak dan toksin.
Alfafa:
Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.Alfafa dapat merawat gangguan pencernaan, kawal kolestrol dalam darah, hapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh dan membantu masalah penghadaman.
330 tablet tahan selama 2-3bulan (small)
700 tablet tahan selama 3-4 bulan (large)

Herblax:
Herblax ni lebih dikenali untuk detox. Apa la detox tu kan??
Detox merupakan proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Bila dinding usus dah bersih, then barulah mudah badan kita menyerap nutrien pada tahap optimum. Oleh itu, penting kalau ambil herblax ni untuk permulaan sebelum memakan apa2 supplement :) Actually, herblax ni kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus. Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar. Jadi, pembuangan najis kita pun menjadi lebih selesa hehehe...
Herblax dapat membantu masalah sembelit, mengempiskan perut dan mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 
120 tablet tahan selama 4-5 bulan (sebab makan sekali sekala)

3RD STAGE
Cinch/ESP untuk bina otot dan otot menjadi kuat serta kulit tidak menggelebeh.
Cinch:
Cinch ni ada 3 flavour iaitu vanilla, cafe latte and chocolate. Vanilla rasa dia sangat sedap ok! Setiap hidangan Chinch Shake Mix Shaklee anda akan dapat:
- 24gm protein - beri rasa kenyang dan rasa cukup puas hati
- 24 jenis vitamin dan mineral penting 
- mengandungi lebih 35% Nilai Harian
- 6gm serat larut
- Mengandungi LEUCINE - nutrisi penting untuk orang yang ingin kuruskan badan
- Indeks Glisemik yang rendah - 22, jadi hidangan Chinch sesuai untuk penghidap kencing manis
- LEUCINE dalam Chinch Shaklee memelihara otot semasa menurunkan berat badan
- Kawal kandungan gula normal
- Beri tenaga kepada orang yang berdiet
- Soya Bebas GMO
Tahan selama sebulan.

ESP Soy Protein Isolate Powder:
Mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Boleh memberi tenaga dan menguruskan badan disamping menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat.
ESP ni juga banyak kelebihannya tau selain kuruskan badan. Yang tu nanti iqa share di entry yang lain tentang seribu satu kebaikan ESP :)

Berminat untuk mencuba Set Kuruskan Badan???
Any inquiries pun boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah89. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ

Till then,
Assalammualaikum semua...

Wednesday 13 November 2013

TIPS BERTUNANG YANG SIMPLE2 JE...

Assalammualaikum & hye everyone...

Alhamdulillah tepat jam 10.45 pg tadi tamat sudah paper terakhir iqa.
Iqa dah buat yang termampu dan terdaya. Sekarang tawakal pada Allah s.w.t.
In shaa Allah menunjukkan selesai sudah perjuangan belajar di IPGM KK selama 5 1/2 tahun.
Segala pahit manis semua sudah dirasai sepanjang berada di sini.

Tapi, iqa dan rakan-rakan yang lain masih belum balik lagi sebab ada pelbagai kursus yang
perlu kami hadir sebagai bekalan untuk menjadi seorang bakal guru kelak :)

Jadi flight iqa kalau tiada aral melintang in shaa Allah 29 Nov ni baru balik Semenanjung.
Dalam fikiran ni macam2 dah plan yang nak dibuat. Cuma tinggal jadi tak jadi je..hehe
Semoga Allah permudahkan..aminnnn..

So, bila dah nak dekat2 hujung tahun ni ramai la kan yang nak bertunang or bernikah.
Bagi yang nak bertunang tapi masih tak tahu apa yang nak dibuat,
In shaa Allah iqa try bagi tips la ye..
Kalau nak diikutkan tak seberapa pun tips ni, kalau nak ikut boleh tak nak ikut
pun boley u..huhu..
FYI, iqa bertunang pada 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1434H. Masa tu umur iqa baru 23 tahun.
Mr. A pulak 25 tahun.

TIPS BERTUNANG:
1. Sebelum bertunang, digalakkan membuat SOLAT ISTIKHARAH. Minta pada Allah supaya memberikan yang terbaik untuk diri anda dan tidak tersalah langkah. Yakin dengan jalan yang ditunjukkanNya. In shaa Allah. Lagi bagus kalau parents kita buat sekali solat istikharah.

2. Bagi yang lelaki jika sudah berkenan dengan gadis pilihan dan telah melakukan istikharah, digalakkan meminta wakil keluarga MERISIK gadis tersebut pada keluarganya. Ini adalah bertujuan untuk tahu sama ada gadis tersebut masih single or tak. Masa merisik ni boleh bawa cincin belah rotan untuk diberikan pada gadis tersebut. Kira orang lain tak leh kacau daun lagi la..hehe

3. Jika gadis tersebut masih single dan bersetuju dengan risikan yang diberi, kedua-dua belah pihak keluarga boleh menetapkan hari pertunangan.

4. Kira-kira dua bulan sebelum pertunangan, bagi perempuan dah mula survey baju tunang, barang hantaran semua. Make sure ada checklist supaya tak kelam kabut. Hehe

5. Baju tunang boleh beli yang readymade or handmade. Kalau macam iqa, iqa beli yang readymade terus senang..Sebab beli kain dan tempah lagi mahal dari yang readymade. So, it's up to u la ye dear.. ;)

6. Bagi anak perempuan sulung, of course parents kelam kabut sebab pengalaman pertama anak sulung diaorang kan, bab nak cari dulang hantaran dan gubahan bunga tu tak berapa nak mahir lagi. Macam parents iqa, ayah ngan mak survey dulu harga n tengok banyak majalah kahwin as a reference. Kalau mak iqa, dia kreatif sikit bab2 gubah bunga ni, dia tgk kejap je kat majalah then dia boleh bagi idea lain such as warna bunga apa yang sesuai, what type of flowers should she use, dulang design macam mana..semua mak ok la..tip top! Nasib mak kreatif, kalau harapkan anak dia yang sorang ni cucuk cucuk bunga tak jadi bentuk gubahan pun..hahahaha..Plus, my aunty, maksu pun tolong juga buat gubahan tu..She's so talented. I like her work.

7. Jadi, bagi yang duduk area Batu Pahat, iqa galakkan beli dulang hantaran dekat town ye..Kalau nak beli kat Ayer Hitam pun boleh jugak. But a bit pricey la..Sebab haritu kitaorang terkena harga dulang design yang sama beza rm15 kot..sekali tengok kat town much cheaper..tak pela tak ada rezeki namanya tu. Tapi bunga banyak choices kat Ayer Hitam dan murah2..hehe..Mak dengan ayah belikan foam flowers untuk gubahan. Cantik! Nanti iqa tunjukkan ye ;)

8. Untuk make up, my aunty je yang make upkan guna make up Avon. Tu pun dah ok sangat dah. Maksu iqa volunteer nak make up kan i, iqa pun ok aje..hehe..orang dah nak tolong kita pun on saje je la kan..hehe..

9. Barang hantaran iqa ialah 7 dulang dan pihak lelaki 5 dulang.
Iqa: Bunga rampai (hirisan daun pandan+bunga+letak perfume sikit), chocolates, telur masin, fruits, cake, sejadah & kain ela baju melayu untuk nikah. Cukupkan 7..lepastu ada tepak sirih bak kata orang tua ni adat la..tepak sirih tu sebagai ketua segala hantaran ni.kalau tak silap la..kalau salah maafkan saya ye.
Mr. A: Cake, Sirih junjung, fruits, chocolate & kain ela untuk nikah. Ada 5 dulang.

10. Masa majlis pertunangan, ayah iqa wakilkan pak long untuk jadi jurucakap family. Masa majlis ni berlangsung, dibincangkan la nak ikat pertunangan selama berapa lama, sesi sarung cincin dan jumlah hantaran untuk nikah. Bab yang hantaran ni boleh discuss secara tertutup antara dua2 belah pihak sahaja tak perlu ada orang lain pun ok jugak. hehee..

11. Masa majlis ni berlangsung, iqa duduk dalam bilik atas katil je dan tunggu future mother-in-law untuk sarungkan cincin. Haaa..bagi yang duduk dalam bilik ni kena la hias sikit bilik tu. Beli cadar baru dan langsir yang readymade. Cari yang ada promotion tu pun dah ok u, sekejap je pun majlis tu.hehe..Kalau ada bajet lebih boleh jugak. Dari kamu sahaja bha tu.. ;) Tapi, bagi iqa kalau duduk kat luar atas kerusi jati/kusyen besar yang putih (boleh sewa kat butik pengantin) pun dah ok jugak. Tak nak pelamin pun tak pe. Ikut bajet masing2 kan..

12. Lepas sesi sarung cincin tu, boleh la bersalam-salaman dan berkenalan-kenalan dengan saudara-mara pihak lelaki. Pastikan u've got high confidence level and friendly ok. AND SMILEEEE!! hehe..barulah sejuk hati orang tengok awak tu..hehe..

13. Selepas itu, jamuan makan untuk para tetamu. Btw, masa majlis ni, mak dengan ayah pilih buat kat kampung iqa sebelah mak kat Alor Gajah. Jadi, catering diambil dari kenalan wan (nenek) iqa kat kampung. Sangat sedap ok makanan dia. Tak tipu! huhu..Masa tu menu nya ialah nasi putih, udang masak sambal, ayam masak cili padi ke ayam masak merah either two la..lupa la..sebab paling ingat udang masak sambal dia yang da bomb tu!! dahla pedas sedap pulak tu..memang kena la dengan selera i..haha.. air oren dengan sayur apa ntah. Again lupa lagi..huhu maafkan saya ye. Khusyuk sangat makan sampai terlupa..haha. Jemputan tu ikut yang termampu dan rasa penting. Ikut la bajet sendiri ye. Jangan sampai terbeban sudah. Allah dah tolong mudahkan jalan kita ke arah perkara yang diredainya lepas ni (nikah), jangan kita pulak terasa terikut-ikut dan tidak mampu dengan diri kita. Make it simple and just nice. Yang penting semuanya berjalan lancar dan tercapai matlamat..huhuhu
      
      Hanim Kg. Kelemak Catering:017-2325344 (Alor Gajah)
      HARGA BERPATUTAN! hehe..tolong promote dah ni.

14. Sesi bergambar dengan keluarga pihak lelaki dan keluarga sendiri, saudara mara semua. Oh, yang ni iqa paling suka. hahaha.. tapi iqa tak ada photographer khas. My sis, Ezza yang tolong ambil pic semua and cantik. Sebab dia dulu memang ada ambil kursus photography kat sekolah. Kira ok la tu. Save bajet and gambar cantik! Cuci je kat kedai baru berapa ringgit. Kalau nak buat yang buku tu pun boleh. Lagi smartkan. Sediakan ongkosnye je la..hehe..

So, iqa dah penat menulis panjang berjela jom la kita layan pic2 kat bawah ni.. :)

with my dad

with my mum
                                             
ececehhh..     
My hantaran
                               
wan (nenek) Mr. A
                                                                        
Nenek Mr. A
Salam future mother-in-law but now alhamdulillah my mother-in-law
                         
Sesi sarung cincin

Sesi perbincangan pertunangan
Hantaran kedua-dua belah pihak





with my cousin, mak long and wan

 Chocolates

Bunga rampai

Secret Recipe's Cake

Telur masin

Fruits


Kain ela untuk baju Melayu nikah

Sejadah

Rombongan pihak lelaki

Pihak lelaki

Sweet Aaliyah..

My beloved sis

Candid!

Bersama rombongan pihak lelaki
Maksu iqa yang paling sporting. Dia lah yg tolong make
upkan iqa n gubah hantaran sekali :)

Makan dengan cousins..nampak tak sambal udang dia
yang pedas tu??sedapp sangat..huhu

Oh ye lupe plak nak bagitau, siapa2 yang nak jaga kesihatan kulit muka boleh la try Vita E dan Vit C Shaklee yang sekarang ni memang tengah HOT SELLING.

Yang dah nak tunang tu boleh la start consume Vita E dan Vit C untuk dapatkan kesan kulit muka yang HALUS, LICIN & BERSIH DARIPADA PARUT JERAWAT!
Lambat beli habis stok taw! Bulan ni memang iqa bagi promotion especially 50 yang terawal :)

Nak tau keberkesannya??
Boleh baca link iqa yang ni:
http://iqashafiqah89.blogspot.com/2013/11/assalammualaikum-hye-everyone.html
http://iqashafiqah89.blogspot.com/2013/10/cantikkan-kulit-bersama-set-kecantikan.html
http://iqashafiqah89.blogspot.com/2013/10/most-wanted-shaklee-product-sustained.html

Meh la order kat iqa, iqa akan bagi BEST PRICE & FREE CONSULTATION taw.
Yang student pun ade best price juga :)
Do email iqapiqah89@gmail.com or wechat: iqashafiqah89.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!

Last but not least, nanti iqa akan buat pula entry TIPS PERNIKAHAN.
So, stay stune my lovelies ^_^

Till then,
Assalammualaikum semua...




Saturday 9 November 2013

NUTRIWHITE: PRODUK SKINCARE SHAKLEE YANG PALING THE BOMB!!! NATURAL NUTRIENTS OK...

Assalammualaikum & hye everyone..

Dah lama iqa tak update blog ni kan?? Huhu
Sebabnya sekarang tengah musim exam.
This sem i've got 3 papers.
And one more paper to go this coming Wednesday.
End of this year i'll finish my study.
Wish me best of luck k dearies ^_^
In shaa Allah...

Kali ni iqa nak cerita pasal product skincare dari Shaklee..
Haaa..mesti korang semua tau kan yang sebenarnya Shaklee pun ada produk utk skincare..
Tak tau tak pe..meh sini iqa nak kenalkan..
Bagi yang dok tengah mencari produk yang sesuai untuk kulit tu tapi nak yang kualiti tinggi
dan harga berpatutan boleh try Nutriwhite :)
Nutriwhite sesuai untuk kulit tanpa sensitiviti tanpa jerawat yang teruk kerana ianya
lebih kepada mencerahkan kulit.
Mane tau kot kot ley jatuh cinta ngan produk ni dan terbeli pulak! Hehe..

Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman, bahagian luaran kulit pula juga
kena jaga jugak taw.
Produk Nutriwhite ini mengandungi bahan organik, bebas daripada bahan kimia
dan sintetik yang berbahaya which is sangat selamat untuk kulit kita.
Ianya tiada bau wangi seperti pencuci muka yang lain but hey, try look at the bright side.
Kulit kita selamat ok daripada chemical thingy tu..hehe..

Bagi yang jerawat terlalu teruk anda akan disarankan untuk lagi satu produk
skincare Shaklee yang lain iaitu Enfuselle untuk yang oily and dry skin.
Sebab kandungan vitamin C dalam Nutriwhite ni sangat tinggi dan tak sesuai untuk
mereka yang mempunyai kulit sensitif dan jerawat yang teruk.
Tapi, iqa akan cerita pasal Enfuselle ni pada entry yang lain ok.. Tungguuuu...huhu


Kandungan nutrien dalam Nutriwhite

Set Skincare Nutriwhite

Langkah-langkah pemakaian skincare Nutriwhite


SET NUTRIWHITE INI MENGANDUNGI:

1) Gentle Deep Foaming Cleanser :
-Membersihkan dan menyegarkan kulit
-Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
-Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
-Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
-Lembut dan menyegarkan

2) Soothing Radiance Whitening Softner :
-Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
-Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
-Kudzu menegangkan dan mencerahkan
-Marshmallow melembapkan
-Ianya sangat berkesan

3) Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

4) Daily Defence Whitening Essence :
-Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
-Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
-Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
-Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
-Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
-Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
-Lembut dan mudah diserap oleh kulit

5) Overnight Renewal Whitening Cream :
-Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
-Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
-Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
-Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
-Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

6) Gentle Action Makeup Remover :
-Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
-Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
-Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
-Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

7) Spot Whitening Treatment :
-Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
-Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan      kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
-Cats Claw menegangkan kulit
-Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

Bagi untuk yang baru nak try produk ni, iqa suggestkan beli yang basic set dulu.
Antaranya ialah Gentle Deep Foaming Cleanser dan Soothing Radiance Whitening Softener.

Harganya berpatutan walaupun korang akan rasa sedikit mahal. Tapi berbaloi-baloi.
Fikirlah kerana saiznya yang besar iaitu 150 ml bagi Gentle Action Make Up Remover, Gentle Deep Foaming Cleaser, Soothing Radiance Whitening Softener dan Ultimate Protection Whitening Lotion.
Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. 
Boleh tahan 3-4 bulan taw.

Ni antara testimoni yang dikongsi oleh customer leader saya, LyanaHisham.
Credit to LyanaHisham :)
Haa...nampak tu nampak tu testimoni dari seorang customer yang pakai Nutriwhite??
Tak tergoda ke nak try?? 
Jomla Jomla try..hehehe..

Selain pakai Nutriwhite utk luaran (iaitu kat kulit), korang boleh try makan Vita E Complex 
utk dalaman pulak..

Kalau nak tau pasal Vita E ni lebih details, boleh tgk entry lama iqa 
Kan bagus camtu..dalam dan luar pun terjaga..

Testimoni customer iqa yang concume Vita E & Chewable Vit C.

Orang perempuan ni kena sangat jaga kulit muka..barulah confident bagi yang dah berumah tangga tu
lagilah suami bertambah sayang..hehe ;)
Lelaki pun boleh taw pakai ni :)
Dengan pengambilan Vita E Complex dan pemakaian Nutriwhite ni, In shaa Allah kesihatan 
kita terjaga dengan izinNya..
Kita ni cuba mencari penyelesaian dan berusaha untuk mencegah sesuatu daripada menjadikannya 
lebih buruk..ye x?? 
Fikir-fikirkanlah... 

Berminat untuk mencuba??

boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah89. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!

Till then,
Assalammualaikum semua...