Saturday, 19 October 2013

Merancang Percutian ke SABAH, MALAYSIA #VMY2014

Assalammualaikum & hye everyone!

Ingin bercuti dalam negara Malaysia??
Masih tercari-cari negeri manakah yang sesuai untuk bercuti?
Apa kata anda bercuti di SABAH, MALAYSIA?
Emmm...Tapi tak tahu cara nak plan percutian ke Sabah.
Jangan risau ye semua...
Memandangkan iqa dah tinggal di Sabah hampir 5 1/2 tahun kerana belajar di sini,
In shaa Allah iqa akan tolong anda dengan beri tips-tips yang berguna
untuk para pelancong yang ingin bercuti ke Sabah.

1ST STEP
1. Sekiranya anda dari Semenanjung Malaysia atau luar negara, pertama sekali sila buka
    laman web berikut dan pilih destinasi ke Kota Kinabalu:
    http://www.airasia.com/my/en/home.page
    http://www.malaysiaairlines.com/my/
    http://www.malindoair.com/en
2. Sila pilih syarikat penerbangan di atas mengikut bajet anda.
    Sila buat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan harga tiket mahal atau rajin
    tengok promo pada setiap laman web tersebut :)
3. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda beli tiket Airasia, anda perlu naik flight
    dari LCCT, Sepang dan akan tiba di Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu, Sabah
    manakala sekiranya anda beli tiket MAS or Malindo, anda perlu naik flight dari KLIA, Sepang
    dan akan tiba di Kota Kinabalu International Airport.

2ND STEP
1. Cari dan pastikan tempat penginapan dan kereta sewa sebelum bertolak ke Sabah.
2. Pastikan mula mencari maklumat sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan
    tempat penginapan atau kereta sewa yang diingini penuh.
3. Bagi yang datang bersama keluarga yang ramai, anda boleh cuba untuk menginap di
    Api-api Centre Service Apartment Kota Kinabalu atau Marina Court Resort
    Condominium Kota Kinabalu. Kedua-dua tempat penginapan ini mudah untuk pelancong
    pergi ke Pasar Kraftangan (Pasar Phillipine), Jesselton Jetty (untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi,
    Pulau Mamutik dan banyak lagi), tempat makan seafood, Pasar Malam Kampung Air,
    Suria Sabah Mall, Centre Point Shopping Mall dan Warisan Square.
4. Review untuk Api-api Centre, iqa boleh bagi 3-4 star sebab iqa pernah menginap di situ sebanyak
    2 kali. Ada dapur, 2/3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, tv, astro dan aircond. Harga untuk yang
    2 bilik tidur ialah RM180 satu malam. Sangat memuaskan.
    Manakala maklumat Marina Court Resort anda boleh cuba cari di internet. Sebab iqa belum
    pernah menginap di sini. Hehe..

    No. tel Api-api Centre Service Apartment: 012-820 8333
    No. tel Marina Court Resort:
    Mon-Fri 09:00 - 18:00 (+8 GMT) Sat 09:00 – 13:00 (+8 GMT)
    Office Telephone: +6088-231-139
    Mobile: +6016-8880293

   p/s: untuk lihat gambar bilik sila lihat di internet :)

5. Tempah kereta sewa untuk memudahkan perjalanan anda di sekitar Sabah. Iqa pernah menyewa
    kereta di laman web http://www.wildlifeexplorertours.com/ dan No. tel: 014 3512117.
    Kereta Avanza untuk 3 hari harga yang saya dapat ialah RM400. Terdapat banyak lagi jenis
    kereta yang anda boleh sewa disini. Orang kereta sewa tersebut akan tunggu anda di
    airport untuk beri kunci kereta. Sila sediakan wang lebih untuk bayar deposit
    kereta. Kereta sewa tersebut perlu dipulangkan semula di airport dan wang deposit juga akan
    dikembalikan.
6. Sila pastikan seminggu sebelum berangkat ke Kota Kinabalu, anda telah menghubungi tempat
    penginapan dan kereta sewa tersebut untuk confirmation. PENTING!

3RD STEP
1. Rancang perjalanan anda untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Sabah.
2. Untuk yang merancang percutian dalam tempoh masa yang pendek contohnya 3 hari 2 malam,
    boleh ikut plan yang iqa pernah buat masa my family-in-law datang Sabah masa cuti Hari Malaysia
    haritu :)
3. Tempat-tempat yang Iqa lawati di Sabah ialah:
    1) Rumah Terbalik di Tamparuli. 
        Keistimewaan:
        -Rumah dan barang perhiasan dalam rumah tersebut semuanya terbalik
         Harga: RM10 untuk orang dewasa warganegara Malaysia. Kanak-kanak RM5 (kalau
         tak silap lah)
Rumah Terbalik di Tamparuli #VMY2014

2) Kinabalu Park
    Keistimewaan:
        -Melihat keindahan dan suhu yang sejuk di sekitar kaki gunung Kinabalu.
        -Boleh bergambar di Timpohon Gate (tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu)
    Harga: RM3.00 seorang untuk warganegara Malaysia.
Pemandangan di Kinabalu Park #VMY2014
     

3) Kundasang War Memorial
    Keistimewaan:
    Sila baca laman web tersebut:
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/49-kundasang-war-memorial/
    -Ada Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the
     Contemplation Garden and Pool
    Harga: RM2.00 untuk warganegara Malaysia
Australian Garden #VMY2014


4) Kinabalu Pine Resort
    Keistimewaan:
    -Tempat menginap
    -Menyediakan view yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
    Harga: sila lihat laman web http://kinabalupineresort.com/rates/

Sekitar pemandangan di Kinabalu Pine Resort #VMY2014
View Gunung Kinabalu tertutup oleh awan. Sepatutnya boleh nampak gunung Kinabalu di belakang tu :)
5) Desa Cattle Kundasang
    Keistimewaan:
    -Terkenal sebagai New Zealand Malaysia
    -Boleh beli susu lembu fresh
    -Boleh beri minum susu pada lembu dan beri makan rumput pada kambing.
    -Boleh bergambar
    Harga: RM4.00 dewasa & RM3.00 kanak-kanak
Tiket Desa Cattle #VMY2014

View sekitar Desa Cattle #VMY2014

6) Urut Kaki dengan Ikan-ikan yang ditagal di Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru Ranau.
    Keistimewaan:
    -Dapat merasai pengalaman kaki anda diurut oleh ikan-ikan
    -Dapat beri makanan kepada ikan-ikan
    -Boleh memilih untuk rendam satu badan atau rendam paras kaki hingga paras lutut.
    -Ada jambatan gantung
    -Masa untuk rendam kaki selama 15 minit sahaja.
    Harga: RM10.00 utk dewasa & RM 5.00 utk kanak-kanak (jika rendam satu badan, harga
    berbeza)
Gambar diurut kaki oleh ikan di Sg. Moroli, Ranau #VMY2014

7) Makan seafood di Kota Kinabalu (berhampiran Pasar Kraftangan@Pasar Phillipine)
Ikan Bakar, Udang Bakar #VMY2014

Ok, inilah sebahagian tempat-tempat pelancongan yang boleh anda cuba melawat di Sabah.
Marilah kita melawat negeri-negeri yang terdapat dalam Malaysia.
Hargai keindahannya disamping memberi sokongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
#VMY2014

Di harap, tips-tips yang iqa bagi ini dapat memudahkan anda untuk merancang percutian
ke Sabah. In shaa Allah :)

Untuk melihat percutian ke negeri-negeri lain dalam Malaysia, anda boleh ke pautan di bawah:http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia


Till then,
Assalammualaikum...

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia



10 comments:

  1. Wah! menarik! Bolehla guna pasni.. :)

    ReplyDelete
  2. Slm iqa..semua tmpt yg dicite tu satu jalan je ker

    ReplyDelete
  3. Salam..elok drive sendiri atau ikut pakej pelancongan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. kalau pergi tempat2 ni senang drive sndiri sbb satu jln je. Lgpun sy dulu study kat sabah, tau jalan sikit2.. hehe :)

      Delete
  4. Tq . Iqa . Agk2 brpe budget utk sorg yee

    ReplyDelete
  5. salam,
    agak2 brp bajet utk 2 dewasa n 4 knk2?

    ReplyDelete