Ingin bercuti dalam negara Malaysia??
Masih tercari-cari negeri manakah yang sesuai untuk bercuti?
Apa kata anda bercuti di SABAH, MALAYSIA?
Emmm...Tapi tak tahu cara nak plan percutian ke Sabah.
Jangan risau ye semua...
Memandangkan iqa dah tinggal di Sabah hampir 5 1/2 tahun kerana belajar di sini,
In shaa Allah iqa akan tolong anda dengan beri tips-tips yang berguna
untuk para pelancong yang ingin bercuti ke Sabah.
1ST STEP
1. Sekiranya anda dari Semenanjung Malaysia atau luar negara, pertama sekali sila buka
laman web berikut dan pilih destinasi ke Kota Kinabalu:
http://www.airasia.com/my/en/home.page
http://www.malaysiaairlines.com/my/
http://www.malindoair.com/en
2. Sila pilih syarikat penerbangan di atas mengikut bajet anda.
Sila buat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan harga tiket mahal atau rajin
tengok promo pada setiap laman web tersebut :)
3. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda beli tiket Airasia, anda perlu naik flight
dari LCCT, Sepang dan akan tiba di Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu, Sabah
manakala sekiranya anda beli tiket MAS or Malindo, anda perlu naik flight dari KLIA, Sepang
dan akan tiba di Kota Kinabalu International Airport.
2ND STEP
1. Cari dan pastikan tempat penginapan dan kereta sewa sebelum bertolak ke Sabah.
2. Pastikan mula mencari maklumat sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan
tempat penginapan atau kereta sewa yang diingini penuh.
3. Bagi yang datang bersama keluarga yang ramai, anda boleh cuba untuk menginap di
Api-api Centre Service Apartment Kota Kinabalu atau Marina Court Resort
Condominium Kota Kinabalu. Kedua-dua tempat penginapan ini mudah untuk pelancong
pergi ke Pasar Kraftangan (Pasar Phillipine), Jesselton Jetty (untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi,
Pulau Mamutik dan banyak lagi), tempat makan seafood, Pasar Malam Kampung Air,
Suria Sabah Mall, Centre Point Shopping Mall dan Warisan Square.
4. Review untuk Api-api Centre, iqa boleh bagi 3-4 star sebab iqa pernah menginap di situ sebanyak
2 kali. Ada dapur, 2/3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, tv, astro dan aircond. Harga untuk yang
2 bilik tidur ialah RM180 satu malam. Sangat memuaskan.
Manakala maklumat Marina Court Resort anda boleh cuba cari di internet. Sebab iqa belum
pernah menginap di sini. Hehe..
No. tel Api-api Centre Service Apartment: 012-820 8333
No. tel Marina Court Resort:
Mon-Fri 09:00 - 18:00 (+8 GMT) Sat 09:00 – 13:00 (+8 GMT)
Office Telephone: +6088-231-139
Mobile: +6016-8880293
p/s: untuk lihat gambar bilik sila lihat di internet :)
5. Tempah kereta sewa untuk memudahkan perjalanan anda di sekitar Sabah. Iqa pernah menyewa
kereta di laman web http://www.wildlifeexplorertours.com/ dan No. tel: 014 3512117.
Kereta Avanza untuk 3 hari harga yang saya dapat ialah RM400. Terdapat banyak lagi jenis
kereta yang anda boleh sewa disini. Orang kereta sewa tersebut akan tunggu anda di
airport untuk beri kunci kereta. Sila sediakan wang lebih untuk bayar deposit
kereta. Kereta sewa tersebut perlu dipulangkan semula di airport dan wang deposit juga akan
dikembalikan.
6. Sila pastikan seminggu sebelum berangkat ke Kota Kinabalu, anda telah menghubungi tempat
penginapan dan kereta sewa tersebut untuk confirmation. PENTING!
3RD STEP
1. Rancang perjalanan anda untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Sabah.
2. Untuk yang merancang percutian dalam tempoh masa yang pendek contohnya 3 hari 2 malam,
boleh ikut plan yang iqa pernah buat masa my family-in-law datang Sabah masa cuti Hari Malaysia
haritu :)
3. Tempat-tempat yang Iqa lawati di Sabah ialah:
1) Rumah Terbalik di Tamparuli.
Keistimewaan:
-Rumah dan barang perhiasan dalam rumah tersebut semuanya terbalik
Harga: RM10 untuk orang dewasa warganegara Malaysia. Kanak-kanak RM5 (kalau
tak silap lah)
2) Kinabalu Park
Keistimewaan:
-Melihat keindahan dan suhu yang sejuk di sekitar kaki gunung Kinabalu.
-Boleh bergambar di Timpohon Gate (tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu)
Harga: RM3.00 seorang untuk warganegara Malaysia.
3) Kundasang War Memorial
Keistimewaan:
Sila baca laman web tersebut:
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/49-kundasang-war-memorial/
-Ada Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the
Contemplation Garden and Pool
Harga: RM2.00 untuk warganegara Malaysia
4) Kinabalu Pine Resort
Keistimewaan:
-Tempat menginap
-Menyediakan view yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Harga: sila lihat laman web http://kinabalupineresort.com/rates/
![]() |
| View Gunung Kinabalu tertutup oleh awan. Sepatutnya boleh nampak gunung Kinabalu di belakang tu :) |
Keistimewaan:
-Terkenal sebagai New Zealand Malaysia
-Boleh beli susu lembu fresh
-Boleh beri minum susu pada lembu dan beri makan rumput pada kambing.
-Boleh bergambar
Harga: RM4.00 dewasa & RM3.00 kanak-kanak
6) Urut Kaki dengan Ikan-ikan yang ditagal di Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru Ranau.
Keistimewaan:
-Dapat merasai pengalaman kaki anda diurut oleh ikan-ikan
-Dapat beri makanan kepada ikan-ikan
-Boleh memilih untuk rendam satu badan atau rendam paras kaki hingga paras lutut.
-Ada jambatan gantung
-Masa untuk rendam kaki selama 15 minit sahaja.
Harga: RM10.00 utk dewasa & RM 5.00 utk kanak-kanak (jika rendam satu badan, harga
berbeza)
7) Makan seafood di Kota Kinabalu (berhampiran Pasar Kraftangan@Pasar Phillipine)
Ok, inilah sebahagian tempat-tempat pelancongan yang boleh anda cuba melawat di Sabah.
Marilah kita melawat negeri-negeri yang terdapat dalam Malaysia.
Hargai keindahannya disamping memberi sokongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
#VMY2014
Di harap, tips-tips yang iqa bagi ini dapat memudahkan anda untuk merancang percutian
ke Sabah. In shaa Allah :)
Untuk melihat percutian ke negeri-negeri lain dalam Malaysia, anda boleh ke pautan di bawah:http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia
Till then,
Assalammualaikum...








Wah! menarik! Bolehla guna pasni.. :)
ReplyDeleteHehe boley aje ;)
DeleteSlm iqa..semua tmpt yg dicite tu satu jalan je ker
ReplyDeleteyerp dear satu jalan je.. :)
DeleteSalam..elok drive sendiri atau ikut pakej pelancongan? tq
ReplyDeleteWslm.. kalau pergi tempat2 ni senang drive sndiri sbb satu jln je. Lgpun sy dulu study kat sabah, tau jalan sikit2.. hehe :)
DeleteTq . Iqa . Agk2 brpe budget utk sorg yee
ReplyDeletejuz sediakan dlm below 500 boleh kot.. ;)
Deletesalam,
ReplyDeleteagak2 brp bajet utk 2 dewasa n 4 knk2?
yg tu i'm not sure la dear.. so sorry..
Delete