Thursday, 31 October 2013

THE END OF THE BEGINNING NIGHT 2013

Assalammualaikum & hye everyone!!!

I know..i know that i'm not post any entry in this blog for a few days.
I'm sooooo sorry guys.. :(
Seriously i don't know what to write in this my little-blog-picisan ni..huhu

Tapi jangan risau, harini iqa nak citer pasal THE END OF THE BEGINNING NIGHT 2013 (TEOTBN)

Mesti korang tertanya2 kan? Ape bendelah (TEOTBN) ni kan??
Sebenarnya, TEOTBN ni adalah theme for our farewell party for final year students PISMP Ambilan Jan 2010.

Majlis ni telah diadakan pada 28 Oktober 2013 (Isnin) di Hotel Juta, Keningau, Sabah yang turut dihadiri oleh wakil HEP, tutor kelas masing-masing dan warden. (skema kan ayat saya..haha)

So, let's check it out the pictures below! hehe

Harus bergambar dulu sebelum majlis bermula.. hihi

Suka sangat dgn deconya..  ^_^

happy ^_^

smileeeee :)


Al & her best friend Mira ;)


The Happy Go Lucky girls!!

US..PISMP Peng. Sosial Ambilan Jan 2010

With our tutor..Pn. Ain Shahira..Congrats puan dapat Queen of The Night ;)
with my dearest roomie, Izzah. Thanx for being my roomie for a quite
long time..almost 4 years :') 


with others friends from another class. PISMP BM, Pemulihan & Math.
It's good to be your friends guys.. <3
a little gifts for me..thank you

Ok, tu je pics tuk tatapan korang.. :)
Tahniah semua..semua gojes2 & handsome2.. 

Thanks to all my classmates..saat susah senang, suka duka, pahit manis yg dilalui harap
mematangkan kita semua. 
Kita semua melalui proses kematangan dari bayi, kanak-kanak, remaja ke alam dewasa.
It's a normal thing if ada yg berselisih faham, happy2, kacau2 orang dan sebagainya.
if tak, tak normal namenye tu, sebab kita hanya manusia biasa.
No body's perfect right??

Di sini, IP adalah tempat yang memberikan kita seribu satu pengalaman agar 
kita dapat mengharungi dugaan pada masa hadapan.
We've gone through a lot of things guys. 5 1/2 years ok..huhu
Semoga kalian semua berjaya pada masa hadapan & jadi guru yang berkaliber for 
our future students. Aminn...

p/s: Maafkan salah silap yg ada & halalkan apa2 ilmu yang diberi..LUV U GUYS ^_^
      If ada yang kawen nanti, jgn lupa jemput ea. Dalam wechat pun boleh jemput..haha

Last, but not least, trimalah vid classmates iqa..
credit to Napi, the Prince of The Night..
Thanks for making this vid. Sgt terharu ok :')



 GOOD LUCK IN YOUR FINAL EXAM..DO UR BEST! CHAIYOK2!! \(^_^)/

Till then,
Assalammualaikum...

Wednesday, 23 October 2013

MOST WANTED SHAKLEE PRODUCT: SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS IN DA HOUSE!!!!

Assalammualaikum & hye everyone!!!
Let the pic talking k my dearies :)



Berminat untuk mencuba SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS???

boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ

Till then,
Assalammualaikum semua...

Sunday, 20 October 2013

CANTIKKAN KULIT BERSAMA SET KECANTIKAN SHAKLEE..WEHUUU!

Assalammualaikum & hye everyone!!

Hari ni iqa nak share tentang SET KECANTIKKAN KULIT SHAKLEE.
Mesti semua tak sabar kan nak tau apa kelebihan mengamalkan supplement set kecantikkan
dari Shaklee ni kan? :)

Meh kita tengok gambar set kat bawah ni:

Kebaikan set cantikkan kulit shaklee

Haaaaa...semua dah baca kelebihan setiap satu supplement dalam set kecantikkan kulit ni?
Siap ada kelebihan lain bukan untuk kulit je taw..untung kan??
Maknanya, kalau try consume produk ni korang akan dapat benefit untuk anggota badan
yang lain jugak..Yeayy!!
Mesti tak sabar kan nak try? hehe :)

As we know, kulit merupakan bahagian anggota tubuh badan yang sensitif dan mudah tercemar
dengan kotoran yang melekat di kulit muka dan badan kita.
Selain itu, kulit juga sering terdedah kepada sinaran ultraungu yang mengakibatkan kulit kita
berubah warna dan menjadi kering serta sebagainya hingga mengakibatkan jerawat.
Jadi, kita memerlukan supplement untuk memperbaiki tekstur kulit kita agar menjadi lebih sihat
dan cantik secara luaran dan dalaman!
Di samping itu juga, jangan lupa untuk makan buah-buahan dan minum air sekurang-kurangnya
8 gelas sehari.

Testimoni chewable vit c shaklee
testimoni dari seorang customer yang consume chewable vit c
2 minggu :)
Testimoni yang kat atas ni dari customer iqa yang dah consume chewable vit c  selama 2 minggu.
Ni baru dia try chewable vit c,
belum lagi try yang VITA E & ESP yang memang terkenal untuk hilangkan parut.
Macam gambar customer yang kat bawah ni yang dah consume VITA E & ESP dalam 2 bulan :)

testimoni Vita E dan ESP
testimoni consume Vita E & ESP selama 2 bulan

Berminat untuk mencuba SET KECANTIKKAN KULIT SHAKLEE?

boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ

Till then,
Assalammualaikum semua...


Saturday, 19 October 2013

Merancang Percutian ke SABAH, MALAYSIA #VMY2014

Assalammualaikum & hye everyone!

Ingin bercuti dalam negara Malaysia??
Masih tercari-cari negeri manakah yang sesuai untuk bercuti?
Apa kata anda bercuti di SABAH, MALAYSIA?
Emmm...Tapi tak tahu cara nak plan percutian ke Sabah.
Jangan risau ye semua...
Memandangkan iqa dah tinggal di Sabah hampir 5 1/2 tahun kerana belajar di sini,
In shaa Allah iqa akan tolong anda dengan beri tips-tips yang berguna
untuk para pelancong yang ingin bercuti ke Sabah.

1ST STEP
1. Sekiranya anda dari Semenanjung Malaysia atau luar negara, pertama sekali sila buka
    laman web berikut dan pilih destinasi ke Kota Kinabalu:
    http://www.airasia.com/my/en/home.page
    http://www.malaysiaairlines.com/my/
    http://www.malindoair.com/en
2. Sila pilih syarikat penerbangan di atas mengikut bajet anda.
    Sila buat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan harga tiket mahal atau rajin
    tengok promo pada setiap laman web tersebut :)
3. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda beli tiket Airasia, anda perlu naik flight
    dari LCCT, Sepang dan akan tiba di Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu, Sabah
    manakala sekiranya anda beli tiket MAS or Malindo, anda perlu naik flight dari KLIA, Sepang
    dan akan tiba di Kota Kinabalu International Airport.

2ND STEP
1. Cari dan pastikan tempat penginapan dan kereta sewa sebelum bertolak ke Sabah.
2. Pastikan mula mencari maklumat sebulan sebelum tarikh bertolak untuk mengelakkan
    tempat penginapan atau kereta sewa yang diingini penuh.
3. Bagi yang datang bersama keluarga yang ramai, anda boleh cuba untuk menginap di
    Api-api Centre Service Apartment Kota Kinabalu atau Marina Court Resort
    Condominium Kota Kinabalu. Kedua-dua tempat penginapan ini mudah untuk pelancong
    pergi ke Pasar Kraftangan (Pasar Phillipine), Jesselton Jetty (untuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi,
    Pulau Mamutik dan banyak lagi), tempat makan seafood, Pasar Malam Kampung Air,
    Suria Sabah Mall, Centre Point Shopping Mall dan Warisan Square.
4. Review untuk Api-api Centre, iqa boleh bagi 3-4 star sebab iqa pernah menginap di situ sebanyak
    2 kali. Ada dapur, 2/3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, tv, astro dan aircond. Harga untuk yang
    2 bilik tidur ialah RM180 satu malam. Sangat memuaskan.
    Manakala maklumat Marina Court Resort anda boleh cuba cari di internet. Sebab iqa belum
    pernah menginap di sini. Hehe..

    No. tel Api-api Centre Service Apartment: 012-820 8333
    No. tel Marina Court Resort:
    Mon-Fri 09:00 - 18:00 (+8 GMT) Sat 09:00 – 13:00 (+8 GMT)
    Office Telephone: +6088-231-139
    Mobile: +6016-8880293

   p/s: untuk lihat gambar bilik sila lihat di internet :)

5. Tempah kereta sewa untuk memudahkan perjalanan anda di sekitar Sabah. Iqa pernah menyewa
    kereta di laman web http://www.wildlifeexplorertours.com/ dan No. tel: 014 3512117.
    Kereta Avanza untuk 3 hari harga yang saya dapat ialah RM400. Terdapat banyak lagi jenis
    kereta yang anda boleh sewa disini. Orang kereta sewa tersebut akan tunggu anda di
    airport untuk beri kunci kereta. Sila sediakan wang lebih untuk bayar deposit
    kereta. Kereta sewa tersebut perlu dipulangkan semula di airport dan wang deposit juga akan
    dikembalikan.
6. Sila pastikan seminggu sebelum berangkat ke Kota Kinabalu, anda telah menghubungi tempat
    penginapan dan kereta sewa tersebut untuk confirmation. PENTING!

3RD STEP
1. Rancang perjalanan anda untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Sabah.
2. Untuk yang merancang percutian dalam tempoh masa yang pendek contohnya 3 hari 2 malam,
    boleh ikut plan yang iqa pernah buat masa my family-in-law datang Sabah masa cuti Hari Malaysia
    haritu :)
3. Tempat-tempat yang Iqa lawati di Sabah ialah:
    1) Rumah Terbalik di Tamparuli. 
        Keistimewaan:
        -Rumah dan barang perhiasan dalam rumah tersebut semuanya terbalik
         Harga: RM10 untuk orang dewasa warganegara Malaysia. Kanak-kanak RM5 (kalau
         tak silap lah)
Rumah Terbalik di Tamparuli #VMY2014

2) Kinabalu Park
    Keistimewaan:
        -Melihat keindahan dan suhu yang sejuk di sekitar kaki gunung Kinabalu.
        -Boleh bergambar di Timpohon Gate (tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu)
    Harga: RM3.00 seorang untuk warganegara Malaysia.
Pemandangan di Kinabalu Park #VMY2014
     

3) Kundasang War Memorial
    Keistimewaan:
    Sila baca laman web tersebut:
http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/en/destination/49-kundasang-war-memorial/
    -Ada Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the
     Contemplation Garden and Pool
    Harga: RM2.00 untuk warganegara Malaysia
Australian Garden #VMY2014


4) Kinabalu Pine Resort
    Keistimewaan:
    -Tempat menginap
    -Menyediakan view yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
    Harga: sila lihat laman web http://kinabalupineresort.com/rates/

Sekitar pemandangan di Kinabalu Pine Resort #VMY2014
View Gunung Kinabalu tertutup oleh awan. Sepatutnya boleh nampak gunung Kinabalu di belakang tu :)
5) Desa Cattle Kundasang
    Keistimewaan:
    -Terkenal sebagai New Zealand Malaysia
    -Boleh beli susu lembu fresh
    -Boleh beri minum susu pada lembu dan beri makan rumput pada kambing.
    -Boleh bergambar
    Harga: RM4.00 dewasa & RM3.00 kanak-kanak
Tiket Desa Cattle #VMY2014

View sekitar Desa Cattle #VMY2014

6) Urut Kaki dengan Ikan-ikan yang ditagal di Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru Ranau.
    Keistimewaan:
    -Dapat merasai pengalaman kaki anda diurut oleh ikan-ikan
    -Dapat beri makanan kepada ikan-ikan
    -Boleh memilih untuk rendam satu badan atau rendam paras kaki hingga paras lutut.
    -Ada jambatan gantung
    -Masa untuk rendam kaki selama 15 minit sahaja.
    Harga: RM10.00 utk dewasa & RM 5.00 utk kanak-kanak (jika rendam satu badan, harga
    berbeza)
Gambar diurut kaki oleh ikan di Sg. Moroli, Ranau #VMY2014

7) Makan seafood di Kota Kinabalu (berhampiran Pasar Kraftangan@Pasar Phillipine)
Ikan Bakar, Udang Bakar #VMY2014

Ok, inilah sebahagian tempat-tempat pelancongan yang boleh anda cuba melawat di Sabah.
Marilah kita melawat negeri-negeri yang terdapat dalam Malaysia.
Hargai keindahannya disamping memberi sokongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
#VMY2014

Di harap, tips-tips yang iqa bagi ini dapat memudahkan anda untuk merancang percutian
ke Sabah. In shaa Allah :)

Untuk melihat percutian ke negeri-negeri lain dalam Malaysia, anda boleh ke pautan di bawah:http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia


Till then,
Assalammualaikum...

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia



Friday, 18 October 2013

Tips Murah Rezeki

Assalammualaikum semua...
Salam Jumaat :)

Di pagi Jumaat yang indah ni, iqa nak share tips murah rezeki.
Murah rezeki ni x semestinya kaya je ye. Banyak lagi murah rezeki dari aspek lain
such as keluarga, pasangan yang baik, pelajaran dan macam2 lagi.
Paling penting kan, lepas solat Subuh jangan tidur k my dearies. Nabi Muhammad s.a.w pun
pernah berpesan jangan tidur selepas subuh kan? :)

Ni antara pembacaan melalui blog yang saya jumpa berkaitan jangan tidur selepas subuh.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan." (Hadith rawayat Darimi)

Hazrat Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara keduanya,"
Disebutkan dalam satu hadith yg lain,"Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu." (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Disebutkan dalam satu hadith bahawa sesiapa yg mengerjakan solat subuh dgn berjemaah lalu sibuk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sunat dua rakaat maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah.

credit: https://sites.google.com/site/tengkuazhar/himpunan-hadith/hadith-berkaitan-tidur


Sumber: Google

So, jom sama2 kita meningkatkan iman dan ibadah kita bermula hari ini.
Masih belum terlambat untuk membuatkan diri menjadi lebih baik.

Assalammualaikum..

Thursday, 17 October 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha Semua...

Assalammualaikum & hye everyone!!

First of all, iqa mintak maaf banyak2 la ya sebab dah lama x update blog ni.
Cehhh bajet ade je org nak bace je blog ko ni iqa uii...huhu
Bkn apa, iqa ni sebenarnya dok sibuk spend time with my both families.
Tolak hari Jumaat last week dr KK ke KL. Pastu flight delayed dr KK dalam 1 hour. Grrrr~~
Lepas tu esoknye dari KL straight heading to Batu Pahat pulak.

Citer pasal balik Batu Pahat, ekceli ada citer di sebaliknya. huhu..
My hubby told me that kiteorang will heading to Rembau after shopping sikit kat Shah Alam
untuk balik rumah my hubby's family.
Iqa pun ok jela..sebab masa raya puasa haritu dah beraya kat Batu Pahat.
So, win win situation la kan? Siapa2 yang dah kawen tu memang kena ada give and take..heee :)
Yang dah kawen mesti faham ni..husband and wife should truly understand each other.
In shaa Allah..
Iqa pun tido jela dalam kereta sebab penat travel x habis lagi..huhu tido je ko tau ek iqa :p
Sekali bangun2 tengok x sampai2 lagi Rembau, dalam hati apasal x sampai2 lagi ni?
Bukannya jauh KL-Rembau pun. Pastu iqa just ignore that question and make conversation with
my hubby.
Tengah syok2 bla..bla..bla..ngan hubby tetiba mata ni tertancap pada signboard highway,
Eh! napa signboard ni tunjuk Pagoh? Ni area nak pergi Johor ni.
Iqa pun tanya kat hubby ni nak pergi mana? Balik Batu Pahat ke?
Hubby kata ha ah laa hny. napa x suka ke?? hehe.. iqa pun jawab mestilah suka..
Wahhhhh dalam hati punya gembira!!
x sangka hubby buat surprise balik BP. Serius hati ni rasa terharu sangat :')

Mak dengan ayah iqa pun terkejut iqa balik. Masalahnya bukan mak ngan ayah je terkejut,
iqa pun terkejut jugak ni..hehe
Dorang duk cakap nape balik x inform? Boleh mak masak macam2 n so on la..
Biasalah typical parent..huhu..
I'm so happy sebab dapat balik ziarah mak, ayah dan adik2 walaupun tido dua malam je.
Siapa2 yang masih ada parent and ada masa balik la jenguk mereka. Jangan sesekali
lupakan mereka ok dearies :)

Then, pagi isnin gerak balik Rembau. Sampai2 je terus sinsing baju lengan ni dan tolong
apa2 yang patut. Sebab ibu (mother-in-law), wan n adik2 ipar semua tengah sibuk2 masak
untuk lauk pagi raya nanti. Ayah (father-in-law) je xda pergi kerja.
Sambil buat kerja tu borak2 dengan adik ipar..sgt jeles dorang cuti seminggu..
iqa nak jugak..huhu..iqa tolong bersyukur ye dapat balik!
Kat sini iqa nak share sikit pasal menantu. Bila kita dah jadi menantu, nanti ringan2kanlah
tangan tu ye untuk tolong mana2 yang patut. Jangan duduk je x buat kerja. Cuba adapt diri kita as
one of their family jugak. Nanti xda la kita rasa janggal or penat sebab kita buat kerja
dalam keadaan yang happy. In shaa Allah..note to myself and other :)

Part balik Rembau ni pun syok. Iqa dapat belajar buat lemang..wehuuuu!
First time in my life ok..hehe
Iqa belajar cara masukkan beras pulut dan santan dalam lemang tu.
Pastu iqa ni pandai2 lak pergi hentak buluh tu pas masuk beras pulut.
Suppose xboleh sebab nanti boleh jadi mentah..hehe..
But lesson learn..biasalah saya budak baru belajar..

Last but not least, iqa dapat gak jumpa Ogy & Garfield setelah berbulan lamanya kita terpisah
wahai anak2 kucingku..cewahh~
O&G ni sangat2 adorable and cute and fluffy and bla bla bla...
Terlalu geram tengok dorang beraksi manja..haha..
Aktif gila O&G ni..
Dulu, iqa sangat takut dengan kucing sebab masa kecik2 dulu penah kena cekau dengan
mak kucing sebab pegang anak dia. Pastu terus trauma jap nak pegang kucing.
but, bila dah ada O&G ni iqa jadi berani la seket..dapatla pegang2 and dukung2..





Time hari raya haji ni mesti ramai sangat makan daging, lemak, rendang dan bermacam2
lagi makanan yang penuh kolestrol kan? Iqa pun macam tu jugak main makan je ikut suka.
Makanan dah ada depan mata apa lagi..ngap ngap ngap la jawabnya..hehe..
Pe kata try consume Lecithin, Alfafa & Omega Guard untuk mengelakkan kolestrol tinggi, buang lemak dan bakar lemak.

INGAT! Kolestrol tu sangat berbahaya untuk badan kita! Dari kolestrol bermacam2 penyakit boleh menjengah tubuh kita ni taw such as sakit jantung, obesiti dan sebagainya. nauzubillah mintak dijauhkan.


Sumber: Google
90 kapsul,boleh tahan selama 2-3 bulan

Sumber: Google
330 tablet, boleh tahan selama 3-4 bulan

Sumber: Google
180 kapsul, boleh tahan selama 2 bulan

Siapa2 yang berminat nak try, boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ 

Tuesday, 8 October 2013

It's Vacation Time!!!

Assalammualaikum & hye everyone!!!

Iqa harap semua readers iqa sihat2 belaka.. ^_^
Xlama lagi iqa nak balik kampung sempena hari raya Aidiladha.
Alhamdulillah dapat cuti straight dr hari Jumaat sampai hari Selasa.
But, hari Selasa pg tu dah kene kejar flight nak balik Sabah balik..wuwuwu..
Still, alhamdulillah and i always grateful sebab masih ada kesempatan nak balik
ke rumah hubby tercinta..ececeh...

Disebabkan perasaan rindu nak balik kampung membuak2 kat hubby n family terchenta iqa,
iqa nak share sedikit post pasal my hubby and family-in-law yg datang holiday kat
Sabah ni masa cuti Hari Malaysia hari tu..
So, let's da pics talking k guys..hehehe

1. Rumah Terbalik Tamparuli
2. Kinabalu Park (Kaki Gunung Kinabalu)
3. Kundasang World War Memorial
4. Desa Cattle



5. Kinabalu Pine Resort
6. Urut Kaki dengan ikan2, Sg. Luanti, Ranau


Nilah serba serdikit pics yang dapat menceritakan segalanya tentang holiday iqa dgn family-in-law and hubby.
Nak letak pics banyak2 macam over plak.kang termuntah lak readers iqa tgk..huhu :p
Sgt2 happy sebab dorang sudi datang jenguk iqa kat sini..thnx a lot semua ^_^

Kat sini iqa ada nak share satu benda yang amat penting masa kita travel.
Time travelling, kita akan sering rasa letih and tenaga akan berkurangan.
Lagi2 kalau kita susah nak jumpa tempat makan yang bersesuaian dengan tekak kita.
That's why we need to eat first before we're travelling. At least, isi perut sikit.
Lepas tu, kita boleh makan multivitamin Vita Lea Shaklee sangat2 membantu ketika saat ini.
Ianya dapat memberi tenaga tambahan dan nutrisi while we're travelling.

Vita lea ini juga x semestinya dimakan semasa travel sahaja, ianya boleh dijadikan amalan
untuk makan setiap hari di rumah.

Kebaikan multivitamin Vita Lea Shaklee ialah:
1. Mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan tubuh badan. 
2. Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
3. Membantu sistem memori dan fokus
4. Merupakan pelengkap nutrisi
5. Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
6. Membantu dalam stimulasi metabolisma
7. Membantu melambatkan proses penuaan
8. Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
9. Membantu proses tumbesaran
10. Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati

Sumber: Google
Terdapat 120 biji dan tahan selama 4 bulan kerana hanya makan 1 hari 1 biji sahaja. Ianya amat berbaloi dan murah.

Siapa2 yang berminat nak try, boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ 





Sunday, 6 October 2013

Alhamdulillah habis sudah Seminar Penyelidikan...

Assalammualaikum & hye everyone!!!

Sory beberapa hari ni x sempat nak update blog sebab terlalu bz dgn presentation seminar penyelidikan haritu.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..lega.. ^_^
For me, this experience give me new knowledge and increase my confident.
Thanx a lot to my dearest hubby yg x jemu2 bagi full support, to my parent-in law, my parent, lecturers, friends and my siblings.
Tanpa uoll siapa la iqa ni kan. heeee...
X lupa juga bersyukur kepada Allah s.wt kerana semuanya berjalan lancar dengan izinNya..

Jom kita tengok sikit gambar yang ada pada hari tu:
muka masing2 happy :)

Hari ni juga iqa nak share lagi satu produk Shaklee. Memandangkan x lama lagi musim cuti sekolah, mesti ramai yang nak berkahwin..owhh i just love wedding ceremony. Tingat masa nikah dulu..cewahh..hehe..
Selit sikit pic kawen iqa..nak jugak tunjuk tu..hahaaha..

Syahdu sangat time ni...syukur :')
Bagi wanita yang ingin mendirikan rumah tangga x lama lagi, iqa cadangkan anda mengambil set kesuburan bagi wanita yang mempunyai msalah period yang tidak teratur.
GLA Complex in shaa Allah can overcome your problem :)

Kebaikan GLA Complex ialah:

Selain itu, boleh juga dimakan dengan ALFAFA untuk mengatasi keputihan yang sering berlaku pada wanita.
Keputihan ni kadang-kadang boleh menyebabkan kita sangat tidak selesa bila nak lakukan kerja harian kita.
Semua perempuan mesti tahu hal ni kan..huhu
Sumber: Google
Siapa2 yang berminat nak try, boleh email iqapiqah89@gmail.com atau wechat: iqashafiqah. Iqa akan bagi BEST PRICE & FULL CONSULTATION. Iqa akan sentiasa follow up dengan semua customers iqa.

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ 




Wednesday, 2 October 2013

OCTOBER'S SHAKLEE PROMO: COLLAGEN POWDER SHAKLEE!!!

Assalammualaikum & hye everyone!!

Nak share dengan anda semua yang bulan Oktober ni Shaklee ada buat promosi.

COLLAGEN POWDER SHAKLEE!! Yeayyy!!!

Banyak khasiat COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni taw. Ianya boleh menyihatkan dari dalam badan sekaligus menyihatkan luaran tubuh badan kita. Most importantly, ianya HALAL..Double best! hehe

Sumber: Google

Sumber: Google
Harga biasa RM298 (WM)/RM312 (EM) but NOW HARGA LEBIH MURAH DARIPADA BIASA. SERIOUS!!
email to iqapiqah89@gmail.com or whatsapp/sms 011 29870811 for the best price & full consultation will be given as well ^_^

If beli 6 KOTAK AKAN DAPAT 1 LAGI PERCUMA & FREE MEMBERSHIP SEUMUR HIDUP..Best! Best! (NO ID 993094)




In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

MARI KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN DENGAN MENGAMALKAN PRODUK SHAKLEE!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada customer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ 


Tuesday, 1 October 2013

Minggu Yang Nervous~~

Assalammualaikum & hai everyone!!

Nak citer sedikit yang minggu ni adalah minggu yg paling neves buat saya & rakan-rakan. Sebab ape ye??
Sebab kami akan mengadakan pembentangan Seminar Penyelidikan pada hari Khamis dan Jumaat ni. Pembentangan ini amat penting utk semua pelajar semester akhir dan saya perlu buat sehabis baik. In shaa Allah...
FYI, pembentangan saya pada hari Jumaat.  Di kala kawan2 saya sudah habis membentang, tinggal saya dan 2 orang rakan sekelas saya je lagi yang masih membentang. Oh my!!! cuak gler kot... -_-"

Jadi, start dari semalam sampai la esok kelas kami mengadakan mini pembentangan agar kami get ready for the big day. Practice make perfect right? In shaa Allah... Doakan saya & kawan2 ye.. thank you

Kat sini saya share doa untuk menghilangkan rasa gemuruh. Boleh amalkan same2 ye :)

Doa Nabi Musa AS:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Surah Taha : 25 -27)
Atau "Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku."
Sumber: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/petua-dan-doa-cara-mengatasi-darah.html#axzz2gPt12Ib2


Saya jugak nak share tentang produk Shaklee yang boleh mengurangkan tekanan. In shaa Allah dengan izinNya.

Fungsi Vitamin B-Complex Shaklee:
1. Menguruskan tekanan
2. Bekalkan tenaga
3. Rambut beruban dan gugur
4. Fungsi tubuh yang baik
5. Menyihatkan jantung
6. Sintesis DNA
Sumber: Google

Mempunyai 120 tablets dan tahan selama 2 bulan. Sangat berbaloi jika beli. HARGANYA PULA SANGAT2 BERPATUTAN & DAPAT FREE CONSULTATION daripada iqa :)

In shaa Allah produk ini sebagai satu medium untuk kita mencegah penyakit dan menjaga kesihatan dengan izinNya.

Berminat?? Jangan segan2 untuk tanya iqa.
Boleh emel iqa di iqapiqah89@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendianosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Keberkesanan produk ini bergantung kepada testimoni daripada cutomer yang telah consume produk ini. Boleh cari testimoni berkaitan produk ini di google. TQ